LinkedIn Adalah Resume Zaman Moden

Cara yang pa­ling efektif untuk bersaing bagi mendapatkan pekerjaan de­ngan pemohon-pemohon yang lain yang kebanyakannya lebih hebat, yang mempunyai ijazah yang lebih baik dari universiti ternama.




Satu elemen yang penting ialah bagaimana untuk menggunakan LinkedIn seperti yang disarankan kerana ia mampu memberikan impak yang tinggi ke atas resume kita yang sedia ada ini yang kelihatan agak membosankan?

Tidak ramai graduan yang tahu tentang kelebihan LinkedIn dalam pencarian pekerjaan mereka. Tiadanya pengalaman bekerja membuatkan pencarian semakin sukar. Anda bukan tidak tahu yang majikan sekarang ni agak cerewet. Apa yang mereka mahukan ialah seseorang yang berumur 23 tahun yang mereka boleh dibayar gaji murah, tetapi mempunyai pengalaman bekerja selama 32 tahun.

Apabila anda tiada pengalaman bekerja, LinkedIn merupakan cara terbaik untuk anda mengaburi mata majikan dengan mengajak mereka untuk melihat kepakaran anda dan bukan dari sudut pengalaman. Sebelum anda memulakan langkah anda di LinkedIn, pastikan draf akhir resume kertas anda telah siap terlebih dahulu.

Setelah perkara asas ini selesai, berikut adalah langkah-langkah yang anda perlu ambil di LinkedIn untuk menjadikan diri anda lebih ‘uummphhhh’ di pasaran pekerjaan berbanding beratus-ratus orang lagi yang memohon pekerjaan yang sama dengan anda.

Penggunaan Bahasa Ing­geris Dalam LinkedIn

Di LinkedIn, profil anda akan dilihat bukan sahaja oleh bakal majikan dan agensi-agensi pekerjaan, tetapi juga profesional-profesional yang lain yang bertaraf pengurusan se­perti Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Jabatan dan sebagainya.

Ada juga kemungkinan yang profil anda akan dilihat oleh individu dari luar negara. Jadi anda tidak boleh melihat LinkedIn ini dengan sebelah mata sahaja. Oleh itu, anda perlu tonjolkan kemahiran penggunaan Bahasa Inggeris yang ada kerana ini akan menjadi tanggapan pertama anda di mata mereka.

Gunakan ayat-ayat yang amat ringkas tetapi padat dan tepat. Jangan berjela-jela panjangnya untuk menceritakan tentang sesuatu. Pastikan juga ejaan dan penggunaan tata bahasa yang betul. Ia mungkin nampak senang tetapi tidak semudah yang disangkakan.

Lengkapkan Profil Anda

Letakkan gambar profil yang jelas dan profesional. Jangan masukkan gambar anda bersama-sama kucing, kereta, ibu dan ayah, adik dan teman lelaki, ketika makan atau apa sahaja yang kelihatan tidak profesional. Ingat LinkedIn adalah rangkaian media sosial profesional, dan bukannya Facebook.

Selain itu, anda perlu juga penuhkan sebanyak mungkin ruang yang ada, ceritakan tentang diri anda. Ingat, jangan terlalu formal dan jangan terlalu santai. Tulis seolah-olah anda sedang di temu duga oleh bakal majikan. Sekiranya tidak pasti, cuba belek profil-profil yang ada sebagai rujukan.

Menulis Blog

Ini yang LinkedIn mampu lakukan untuk tonjolkan siapa anda sebenarnya, yang tidak mampu dilakukan di resume. Sebelum itu, anda perlu tahu terlebih dahulu secara mendalam apa kemahiran dan ke­lebihan anda.

Sekiranya anda mahir dalam pemasaran digital seperti saya contohnya, anda perlu fokuskan penulisan anda kepada topik-topik yang berkisar tentang pemasaran digital dan media sosial.

Tulis dengan rapi dan teratur seolah-olah anda bercerita dengan rakan anda. Tulis dengan kekerapan yang konsisten. Majikan akan sedar daripada sini yang anda betul-betul mahir tentang subjek anda. Pengalaman? Ini mereka akan letakkan sebagai perkara kedua. Selamat datang ke resume abad ke 21.

Berkenalan Dengan Rakan Profesional Yang Lain

Seperti Facebook, Instagram dan media sosial yang lain, anda perlu juga berkawan di LinkedIn. Cuba berhubung dan berkenalan dengan mereka dan berinteraksi dengan mereka. Jadikan mereka kawan baik anda.

Pastikan anda memilih komuniti anda dengan betul. Letakkan beberapa kriteria yang mereka perlu ada sebelum anda berhubung dengan mereka.

Berada di dalam komuniti yang sesuai dengan anda, saya pasti anda akan banyak belajar dari mereka bagaimana untuk berjaya. Ini akan membantu karier anda nanti.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *