Contoh Soalan PTD 2016 – Format Terkini [ WAJIB TAHU ]

Contoh soalan PTD bagi peperiksaan online yang akan berlangsung pada 19 Januari 2016 mengalami sedikit perubahan. Namun, yang pastinya perubahan ini meringankan sedikit tugas anda (jika anda salah seorang calon exam PTD).




Tips exam PTD ini adalah tips yang baru sahaja kami terima. Jika kebiasaannya peperiksaan online bagi jawatan Pegawai Tadbir & Diplomatik mengandungi 3 seksyen. Namun pada peperiksaan kali ini, dikhabarkan hanya akan diadakan untuk 2 seksyen sahaja iaitu Pengetahuan Am dan Daya Menyelesaikan Masalah.

FORMAT SOALAN EXAM PTD TERBARU 2016

Ujian mengadungi dua seksyen sahaja iaitu:

(i) Seksyen A – Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling ( 40 Minit )

(ii) Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah ( 45 Minit )

 

CONTOH SOALAN PTD 2016

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING

Masa: 40 minit
Bilangan Soalan: 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran anda terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya.

Anda dikehendaki mengetahui secara umum mengenai ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial.

Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma dalam pelbagai bidang akademik.

Anda mesti mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini. Antara perkara yang kerap ditanya ialah berkenaan GTP, NKRA dan banyak lagi.

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa: 45 minit
Bilangan Soalan: 40

Dalam seksyen ini anda dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan;

(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

Calon boleh mengunakan graf, jadual dan sebagainya agar mudah untuk calon memberi jawapan.

(iii) Konsep-konsep Matematik
Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon.

Calon-calon dalam jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik.

Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep Matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).

Bersedia dari sekarang, jangan tunggu sehingga minit terakhir. Berdasarkan pengalaman kami, calon-calon yang bersedia awal mempunyai peluang yang lebih besar untuk lulus exam online PTD ini berbanding calon yang tidak membuat persediaan.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *