Contoh Resume Kerja Terbaik Untuk Temuduga

Contoh resume kerja terbaik adalah resume yang mengandungi segala aspek yang diperlukan untuk memenuhi kehendak kedua-dua belah pihak iaitu anda sebagai calon dan penemuduga.




Sebagai calon, resume anda haruslah menceritakan segala yang perlu tentang diri anda. Adakah anda sedar apa yang sedang kami sampaikan?

Resume anda haruslah menyatakan segala yang perlu sahaja tentang diri anda yang berkaitan dengan jawatan yang anda pohon. Ini bermakna apa sahaja maklumat yang tidak perlu dan tidak berkenaan dengan jawatan yang anda pohon tidak perlu anda masukkan ke dalam resume anda.

Contoh Resume Kerja

Resume anda juga harus secara tidak langsung menceritakan keupayaan anda, kemahiran anda dan pengetahuan anda tentang jawatan yang anda pohon.

Mengapa?

KANDUNGAN RESUME PENENTU PANGGILAN TEMUDUGA

Sedar atau tidak, resume anda memainkan peranan yang sangat besar dalam proses pencarian kerja anda. Ini kerana, resume anda hanya mempunyai beberapa ketika sahaja untuk dinilai oleh panel penemuduga.

Jika resume anda bagus, anda akan dipanggil untuk peringkat seterusnya. Jika tidak, impian anda terhenti disitu sahaja. Memburukkan lagi keadaan, proses yang sama akan berlaku berulang-ulang kali tanpa anda menyedari di mana silap anda.

Inilah yang terjadi kepada lebih 350,000 graduan yang masih GAGAL mendapatkan pekerjaan. Kesilapan paling besar yang mereka lakukan adalah GAGAL menyediakan resume yang boleh memikat hati bakal majikan.

KESILAPAN BESAR CALON DALAM PENYEDIAAN RESUME

Kegagalan utama para graduan mendapatkan pekerjaan sama ada di sektor awam atau swasta adalah disebabkan attitude dan sikap yang tidak baik.

Sikap suka ambil mudah, tidak bertanggungjawab, tiada inisiatif dan malas adalah musuh utama yang akan terus menghalang mereka mendapatkan pekerjaan.

Antara punca-punca kegagalan graduan dalam menyediakan resume yang baik adalah..

  • Tidak membuat penyelidikan tentang jawatan
  • Budaya copy paste secara membuta tuli
  • Ambil mudah tentang kepentingan resume
  • Memuat turun contoh resume dari internet tanpa mengubah suai

Di zaman yang serba canggih ini, segala-galanya berada dihujung jari. Sample resume yang boleh didapati dengan begitu banyak di internet bukanlah satu penyelesaian, sebaliknya konsep penyediaan resume itulah yang paling penting.

Contoh resume yang anda download dari internet boleh anda jadikan sebagai rujukan tetapi penyediaannya haruslah berkisar dan berkait rapat dengan jawatan yang anda pohon, bukan hanya menciplak secara membuta tuli.

CONTOH RESUME KERJA YANG BAIK DI MATA PENEMUDUGA

Bagi seorang penemuduga, resume calon merupakan peringkat pertama menyaring permohonan calon-calon. Calon yang mempersembahkan resume yang bertepatan dengan kehendak mereka dan jawatan yang akan di isi akan menerima panggilan untuk peringkat seterusnya iaitu temuduga.

Melalui resume, penemuduga biasanya dapat menilai kekuatan dan kelemahan calon. Selain itu, ia juga akan menjadi petunjuk tentang soalan yang akan ditanyakan kepada calon semasa temuduga.

Awas! Soalan-soalan yang akan diajukan kepada anda ketika temuduga adalah berdasarkan maklumat yang anda berikan kepada penemuduga di dalam resume anda. Jika anda menipu di dalam resume anda, anda akan menghadapi masalah besar ketika temuduga.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *