Cara Buat Resume Dengan Format Penulisan Yang Betul

Cara buat resume dengan format penulisan yang tepat tampak mudah. Namun ia memerlukan anda mengikuti beberapa aspek asas penyediaan resume. Selain surat permohonan, perkara asas dalam setiap permohonan kerja adalah resume.




Cara Buat Resume

Resume adalah satu dokumen bertulis yang ringkas dan tepat menggambarkan peribadi, pendidikan dan kelayakan profesional serta pengalaman anda.

Maklumat itu ialah komunikasi bertulis yang berfungsi sebagai dokumen pengenalan diri anda kepada bakal majikan dan memandangkan mereka tidak mengenali anda, resume berperanan memberi gambaran mengenai diri anda.

Sebenarnya, resume bukanlah alat komunikasi untuk mendapat pekerjaan sebaliknya bertujuan untuk dipanggil ke sesi temuduga.

Terdapat pelbagai jenis format penulisan resume yang dicadangkan oleh mereka yang arif dan boleh didapati dalam buku-buku di pasaran atau internet. Dengan merujuknya, anda mungkin dapat menghasilkan satu resume yang terbaik.

 

[+] Cara Membina Resume Memikat

 

Cara buat resume di dalam bahasa Inggeris kerana pihak swasta mengutamakan bahasa itu dalam urusan pengambilan pekerja.

Mintalah bantuan pensyarah atau rakan yang mahir bahasa Inggeris untuk menyemak resume anda supaya dapat menghasilkan resume yang terbaik. Resume ini hendaklah dihantar kepada bakal majikan beserta surat permohonan kerja.

Suka diingatkan supaya tidak memalsukan atau mengada-adakan sebarang maklumat dalam resume kerana tindakan itu boleh memerangkap anda jika ditanya oleh penemuduga.

Kesimpulannya, anda harus mengambil kira beberapa aspek penting ketika menyediakan dan cara buat resume kerana dokumen itu menceritakan apa yang dimiliki, kelebihan dan pencapaian.

Sebagai panduan, anda boleh mendapatkan contoh resume terbaik yang dihasilkan berdasarkan pelbagai sumber rujukan melalui pautan di bawah.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini. Artikel ini adalah berkaitan cara buat resume.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *