Contoh resume terbaik dibawah adalah hasil daripada pengalaman dan kajian kami sendiri.




Membina resume kelihatan seperti sesuatu yang mudah tetapi kenyataannya ramai calon yang gagal dipanggil ke sesi temuduga akibat dari mengambil mudah di dalam penyediaan resume.

Contoh Resume

Terdapat faktor-faktor penting yang anda harus tahu dan berhati-hati ketika menyediakan contoh resume. Kesilapan-kesilapan kecil yang anda lakukan akan menjejaskan peluang anda untuk disenarai pendek bagi pekerjaan yang anda pohon.

 

[+] Baca artikel penting ini -> Rahsia Membina Resume Kerja Yang Akan Memikat Panel Penemuduga

 

Contoh Resume Yang Baik

Penyediaan resume yang baik akan membantu anda dalam permohonan anda. Berikut adalah contoh resume, tips dan panduan yang boleh anda ikut ketika menyediakan resume anda.

1. Surat Iringan@ Cover Letter

Kepilkan permohonan anda bersama surat iringan atau lebuh difahami sebagai cover letter. Jangan sesekali menghantar resume di dalam keadaan ‘togel’.

Surat iringan merupakan prosedur standard. Permohonan tanpa surat iringan menunjukkan anda tidak bersungguh-sungguh dan kurang professional.

2. Nyatakan Jawatan Yang Dipohon

Pastikan anda menyatakan jawatan yang anda mohon untuk memudahkan majikan mengenal pasti permohonan anda. Adalah sangat tidak wajar jika permohonan diterima tanpa ada apa-apa input tentang jawatan yang dipohon.

Nampak ringan kan? Tetapi ini merupakan common mistake yang sering dilakukan pemohon.

 

[+] Muat turun panduan ini -> 7 Kesilapan Kritikal Resume

 

3. Letakkan Gambar

Pastikan resume yang anda bina mempunyai gambar anda supaya majikan boleh mengenali anda. Letakkan gambar anda di bahagian kanan atas resume. Lihat contoh resume yang diberikan.

Pastikan juga anda meletakkan gambar yang professional dan kemas. Gunakan gambar ukuran passport. Jangan sesekali menggunakan gambar yang kabur dan terlalu santai seperti memakai t-shirt lusuh dan sebagainya.

 

[+] Dipanggil exam online PTD? Dapatkan contoh soalan di sini

 

4. Ringkas, Padat & Mudah Difahami

Majikan tidak mempunyai masa yang banyak untuk meneliti permohonan anda kerana mereka terpaksa menapis ribuan permohonan. Maka adalah wajar anda membantu mereka mempercepat dan mempermudah urusan mereka.

Gunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami di dalam resume. Namun begitu, pastikan maklumat yang anda berikan padat dengan semua kriteria yang dimahukan oleh majikan.

Seelok-eloknya, siapkan dan ringkaskan resume di dalam 1 atau 2 muka surat sahaja, tidak perlu panjang berjela-jela.

 

[+] Baca entri berikut -> Cara Buat Resume

 

5. Gunakan Font & Kertas Yang Sesuai

Cetak contoh resume anda dengan kertas A4  yang berkualiti. Lebih baik lagi jika anda dapat mencetak dengan menggunakan ‘glossy paper’.

99% calon akan mencetak resume mereka dengan kertas A4 nipis yang biasa. Penggunaan kertas glossy akan menonjolkan permohonan anda dan membuatkan anda kelihatan unik.

Gunakan font jenis tahoma, arial, verdana atau calibri bersaiz 10-12 ketika menyediakan resume anda.

6. Tonjolkan Kebolehan, Kemahiran &  Pencapaian Anda

Majikan biasanya akan menerima permohonan yang banyak bagi setiap jawatan yang perlu diisi. Jadi, anda harus ‘stand out’ di dalam permohonan anda.

Lupakan tentang ribuan calon yang turut bersaing dengan anda sebaliknya tumpukan kepada kekuatan dan kelebihan yang ada pada diri anda.

Tonjolkan semua kelebihan anda untuk meyakinkan majikan bahawa anda layak untuk dipanggil temuduga.

 

[+] Download Contoh Resume Doc, PDF –> Klik sini

 

7. Maklumat Yang Sesuai & Relevan

Seperti yang telah kami nyatakan tadi, majikan tidak akan mengambil masa yang lama ketika melihat resume anda. Jadi, amat penting untuk anda memasukkan maklumat-maklumat yang berkaitan dan relevan dengan jawatan yang anda pohon.

‘Strip out’ atau keluarkan maklumat-maklumat yang tiada kaitan dengan jawatan-jawatan yang anda pohon.

 




8. Jujur & Kreatif

Penyediaan resume yang kreatif akan menarik minat majikan untuk membaca resume anda tetapi jangan keterlaluan.

Elakkan dari memberi maklumat palsu di dalam contoh resume. Jika anda didapati memberikan maklumat palsu, permohonan anda akan ditolak serta-merta.

 

[+] Contoh Resume Bahasa Melayu -> Baca artikel ini